Respon Isteri Hafidz Roshdi



Isteri kepada pelakon baru Hafidz Roshdi kini mnejadi perhatian ekoran gambarnya menerima komen dan kutukan dari peminat fanatik yang kecewa dengan berita perkahwinan Hafidz.

Menurut Hafidz Roshdi, isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri tidak terasa hati dengan kejadian terbabit malah telahpun memaafkan mereka yang mengutuknya.

Pasangan baru berkahwin ini akui kini mereka lebih bersabar menghadapi dugaan.

Ini komen Hafidz Roshdi yang memberi respon isterinya:


"Isteri  tidak terasa hati dan telah memaafkan siapa yang tidak berpuas hati dengannya" 

"Secara tidak langsung perkara ini juga mengajar erti kesabaran kepada kami," 


"Apa yang penting saya dan isteri bahagia dan bagi mereka yang menghina wajah isteri saya, dia (Nurul Shuhada) menyampaikan salam dan mengucapkan terima kasih atas hinaan tersebut.

"Saya berterima kasih kepada rakan artis yang prihatin dan cuba membela saya apabila dikutuk oleh pengguna laman sosial."

"Tidak apalah, mereka yang kutuk itu beri pahala percuma sahaja pada saya dan isteri," 

Bagus mereka berdua ni. Tak melenting dan memberi respon yang bukan-bukan. Memang bagus reaksi dari Hafidz dan isteri.

No comments

Powered by Blogger.