"Kami redha dengan pemergiannya. Tetapi..."

Luahan ini dikongsikan oleh Roslinya Latip mengenai arwah kakaknya yang maut dalam satu kemalangan yang berlaku semalam, 26 Jun 2016. Walaupun redha dengan pemergian kakaknya, namun beliau mempersoalkan keseriusan Honda Malaysia dalam menjaga keselamatan pengguna kereta jenama tersebut. Baca lagi:


SAYA BUKA POST INI KEPADA UMUM, BOLEH DIKONGSI SEBAGAI SALAH SATU KEMPEN KESEDARAN
---------------------------------------------------
Lihatlah pada keadaan kereta ini.

Siapa sangka kereta yang kelihatan begitu minor kerosakannya boleh menyebabkan kematian.

Kehilangan nyawa dan kehilangan ibu kepada dua orang anak yang masih di bangku sekolah, yang sulung akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi - menjadikan mereka yatim piatu dalam sekelip mata.

Benar, ajal itu tidak dapat diduga dan tidak menunggu walau pun sesaat.

Kami redha dengan pemergiannya.

Tetapi...

Honda Malaysia sepatutnya menjadikan ini suatu iktibar agar dapat perbesarkan kempen penukaran airbag yang dikatakan bermasalah, dan kini terbukti menyebabkan kehilangan nyawa. Pihak Forensik juga telah mengesahkan punca kematian disebabkan masalah airbag tersebut.

Saya petik dari laporan berkaitan faulty airbag ni;

"Takata-made airbag inflaters can explode with too much force when the airbag deploys in a crash, sending SHRAPNEL SHOOTING into a vehicle’s cabin."

Persoalannya-Apakah tindakan Honda yang menunjukkan pihak mereka mengambil serius aspek keselamatan pengguna Honda di Malaysia?

Arwah menerima appointment penukaran airbag selepas hari raya. Adakah ini menunjukkan bahawa Honda Malaysia mengambil serius perkara ini? Jika ianya sudah terbukti bermasalah bukankah pihak Honda bertanggungjawab untuk mengambil tindakan segera dan lebih serius demi keselamatan semua pengguna Honda?

Arwah kakak kami sudah pun pergi, tanah kuburnya masih basah.

Tetapi tolonglah, jangan biarkan insiden yang sama berulang.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Azlin Haron

Mohon doa sahabat dan kenalan semua, buat arwah dan juga anak-anaknya yang masih hidup.

Pada pengguna Honda (City, Accord, Civic), bersegeralah ke pusat servis Honda yang berdekatan untuk pemeriksaan dan penukaran airbag jika perlu.

Roslinya Latip  | The Alternatif

No comments

Powered by Blogger.