Ramai Suami Cemburukan Senyuman Lelaki Ini, Kenapa?



walau bagaibagaimanapun kebanyakan mereka terpaksa akur bahawa beristeri lebih daripada satu bukanlah sesuatu yang mudah, hatta sejak peringkat awal mencubanya.
Selain sedar tak mampu menyediakan belanja yang mencukupi pada setiap bulan untuk menyara lebih dari satu keluarga, tak kurang juga yang gagal lepasi ujian mendapatkan tanda tangan persetujuan isteri pertama.
Malah bagi yang dapat berkahwin sekali pun, mereka belum tentu berjaya memastikan kerukunan hidup antara isteri-isteri mereka hingga akhirnya berakhir dengan penyesalan pula.
Justeru, tak ramai yang beruntung seperti saudara ini yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim.
Ramai yang cemburu melihat tuah Muhammad Faiz apabila dikurniakan isteri-isteri yang begitu bertimbang rasa antara satu sama lain malah mampu tersenyum mesra dan berdakapan di hari raya, seperti mana gambar yang dikongsikan suami mereka di Facebook ini.
Tak percaya? Saksikan gambar di bawah..
Ramai Jeles Senyuman Lelaki Ini
madu1
madu4

madu2
SUMBER FOTO: FACEBOOK MUHAMMAD FAIZ HASHIM

Bagaimana? Kami pasti ramai suami mula menyimpan angan-angan menjadi Muhammad Faiz selepas ini.
Kalau berani cubalah tag gambar kemesraan isteri beliau dengan madunya di Facebook isteri anda dan tunggu responnya kalau dia faham (kami tak bertanggung jawab pada hasil akhir eksperimen). – MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.