"Aksi berahi Liana Rosli promot Jus Sweet Dara, Normah Damanhuri sifatkan itu cuma strategi perniagaan anaknya..."

Selepas mencetuskan kontroversi dengan iklan yang dianggap berunsur lucah hujung tahun lalu, anak pelakon Normah Damanhuri kembali mencuri perhatian warga media sosial.

Aksi berahi Liana Rosli promot Jus Sweet Dara, Normah Damanhuri sifatkan itu cuma strategi perniagaan anaknya

Selepas Liana Rosli tampil dengan aksi menggiurkan dalam sebuah video iklan di internet, Normah menjawab apa yang dilakukan anaknya hanyalah sekadar gimik mempromosikan produk keluaran sendiri, Jus Sweet Dara.

“Bagi saya ini soal perniagaan. Kalau ada yang salah anggap, itu terpulang kepada penerimaan masing-masing.
“Saya bukan nak menyokong perkara tak elok, tetapi saya melihat perkara itu dari sudut positif. Saya percaya setiap ahli perniagaan ada cara dan strategi tersendiri untuk mempromosikan produk mereka.
“Kalau bukan dia yang nak memajukan perniagaan sendiri, siapa lagi? Dalam masa sama saya tetap menegur dan menasihati,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Menerusi video di Instagram berdurasi 50 saat yang sudah ditonton ramai lebih 44,000 kali, Liana kelihatan menggoyangkan dada dan pinggulnya.
Pengikut Liana di laman sosial itu rata-rata tidak menghukum video berkenaan, malah berasa kagum dengan gaya penyampaiannya.
Liana pada hujung tahun lalu dikecam pengguna media sosial selepas tampil dalam sebuah iklan produk kecantikan jenama D’Herbs.
Iklan berdurasi hampir tiga minit yang sudah dipadamkan di media sosial itu dikatakan menghina kaum wanita dan berunsur lucah.
Ia memaparkan seorang lelaki berhalusinasi dan membayangkan isterinya memiliki “payudara idaman” sebagai aset yang paling diidam-idamkannya.
Video tersebut menggambarkan isteri, lakonan Liana, cuma sebagai sekeping papan sehinggalah beliau meminum produk “Payu-Up Collagen” D’Herbs, yang didakwa oleh syarikat tersebut mampu “menganjalkan, menegang dan menggebukan payudara”.
Berdepan teguran dan kritikan tersebut, pemilik D’Herbs Datuk Aliff Syukri tampil mendakwa bahawa video berkenaan dirakam cuma bagi tujuan sebuah pertandingan parodi yang turut melibatkan beberapa peserta lain, dan memohon maaf bagi pihak mereka yang terlibat dengan produksi.
Sumber: Malay Mail

No comments

Powered by Blogger.