Berita GEMPAR ! "Tragedi HITAM Berlaku Di KLIA2 Sekarang ! Doakan Saudara Kita Di Sana !..."



KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat yang dijadualkan dari Kuala Lumpur ke Banda Acheh pagi ini terpaksa ditangguhkan akibat menerima ancaman bom dalam pesawat.

Perkara berkenaan telah disahkan pihak Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan pengendali penerbangan, AirAsia kepada Astro AWANI.

"Kami sudah dimaklumkan oleh pihak syarikat penerbangan tersebut tentang ancaman bom dalam pesawat di KLIA2.

"Berlaku pertelingkahan antara pramugara dengan seorang pakcik"

"Oleh itu, Malaysia Airports kini bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan semua pihak berkuasa, dan situasi sedang ditangani mengikut prosedur operasi standard (SOP). Setakat ini, operasi penerbangan bagi pesawat lain tidak terjejas," ujar MAHB dalam satu kenyataan.

Pesawat berkenaan sepatutnya berlepas jam 7.45 pagi, bagaimanapun Astro AWANI difahamkan semua penumpang diarahkan meninggalkan pesawat buat sementara waktu.

Ia bagi memberi laluan kepada pemeriksaan keselamatan ke atas semua penumpang kini dijalankan.

Sementara itu, pihak AirAsia mengesahkan penangguhan penerbangan pesawat AK423 adalah berikutan berlaku gangguan keselamatan oleh penumpang dalam pesawat.

Dalam kenyataannya pihak AirAsia Berhad memberitahu langkah keselamatan telah diambil mengikut prosedur standard operasi bagi berhadapan situasi seperti ini.

"Carian bom telah dijalankan dan pesawat itu telah diisytiharkan selamat.

"Semua penumpang dalam pesawat dalam keadaan selamat dan penumpang yang menimbulkan gangguan telah ditahan bagi siasatan lanjut," jelas kenyataan terbabit.

Pihak berkuasa di KLIA2 berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan.

Perkembangan di KLIA2 hari ini memerlukan iktibar orang ramai agar mematuhi peraturan sebagai penumpang penerbangan.

Perkara seumpama ini bukan kali pertama berlaku. Pada 21 Julai lalu, dua kes turut berlaku hingga menyebabkan panangguhan penerbangan.

Kes pertama adalah gurauan seorang lelaki yang mengatakan terdapat 'bom' di dalam kotak yang dibawanya ketika mendaftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hingga mengakibatkan tiga penerbangan dijadual semula.

Siasatan mendapati kotak yang didakwa mengandungi 'bom' itu sebenarnya berisi kek lapis Sarawak.

Kes kedua pula pada hari yang sama, sepasang warga Indonesia yang bergurau dengan berkata mereka membawa bom dalam beg bimbit mereka. Gurauan itu telah menyebabkan penangguhan penerbangan AirAsia dari Pulau Pinang ke Jakarta selama dua jam. 

Kawan Tambunan, 48, dan Wahyuningsih, 47, telah ditahan dan didakwa di mahkamah atas tuduhan mencetus intimidasi jenayah, serta dikenakan hukuman denda RM1,000.

Sumber - deliez

No comments

Powered by Blogger.