"Untung Kalau Dapat Ibu Mertua Lengkap Dengan 10 Kriteria Ini..."

Sekadar Gambar Hiasan


Kita semua nanti akan mendapat rezeki menjadi ibu mertua. Moga Allah permudahkan. Bila dah jadi ibu mertua nanti, bacalah artikel ini semula.

1. Kalau anak perempuan, minta saja menantu bagi mas kahwin mengikut kemampuannya. Tidak perlu minta hantaran bagai. Kahwinkanlah anak dengan cara yang sederhana sekali. Kalau menantu itu anak Sultan Brunei, tak mengapa. Buatlah kenduri 40 hari 40 malam, tiada siapa yang kisah tetapi jangan lupa jemput saya. 

2. Jangan bagi anak dan menantu tinggal di rumah lebih dari dua bulan. Bulan ketiga kahwin, suruh saja mereka keluar dari rumah dan cari tempat tinggal yang lain. 

3. Tidak perlu campur tangan dalam hal anak menantu. Suka hati merekalah nak susun perabot bagaimana, nak potong sayur macam mana, nak masak nasi pakai dapur apa, lantaklah mereka. 

4. Menantu kalau perempuan, biarlah dia nak buat apa di rumah dia. Nak mandikan anak ke, atau mandikan anak dua hari sekali ke, biarkan saja. Kalau cucu itu masam sangat, mandikan dia sendiri. 

5. Biar anak kita hidup dengan orang yang dia sayang cara dia. Kalau anak lelaki kita nak tolong isterinya memasak dan mengemas, biarkan. Dia kan dah besar, tahulah dia nak hidup. 

6. Tidak perlu bergosip dengan anak-anak lain tentang menantu. Ingat! Anak kita pun menantu orang juga. 

7. Kalau anak dengan menantu bergaduh, beritahu anak, tak payah mengadu. Selesaikan masalah sendiri.

8. Kalau menantu itu jenis orang susah tak berduit, jangan membanding bezakan dia. Manalah tahu di masa depan kelak, dialah yang akan membasuh berak kencing kita dalam seluar sebab dia yang paling free sekali. Menantu yang kaya itu sibuk memanjang dengan kerja. Jangan menyesal pula. 

9. Jadilah mertua yang waras dan beriman.

10. Jangan buat tak tentu dengan anak orang. Allah itu tak lupa. - cilipotong

No comments

Powered by Blogger.