Datuk Seri Jamal 'Buka' Rumah Urut Depan Pejabat SUK Selangor

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos upmemperhebatkan kempennya menentang maksiat di Selangor dengan membawa sepuluh buah katil ke bangunan pejabat setiausaha kerajaan negeri SUK Selangor di Shah Alam.


Katil dengan tilam yang disaluti cadar tertera dengan perkataan 'DAP - Dapat Aiskrim Percuma' manakala bantal yang turut dibekalkan mempunyai perkataan 'Rumah Urut Selangorku'.

Adalah dipercayai ia sebagai sindiran kepada projek rumah mampu milik kerajaan negeri Selangor "Rumah Selangorku".

Jamal hari ini mencuri tumpuan dengan datang meninggang sebuah motorsikal Harley Davidson sambil membawa sebuah tong berisisi ais krim.

Beliau juga memakai kemeja T putih yang tertera dengan perkataan 'DAP - Dapat Aiskrim Percuma' dan 'Rumah Urut Selangorku'.

Pemimpin Umno yang sering berdemonstrasi dan menerajui gerakan Baju Merah itu mendakwa kerajaan negeri gagal mengetatkan kawalan ke atas rumah urut sehingga menjadikan Selangor sebagai pusat sarang pelacuran.

‘Persembahan’ juga diadakan di hadapan bangunan SUK dengan demonstrasi mengurut.

Seorang wanita mengurut seorang lelaki berbaju merah di salah satu katil yang dibawa itu.

Beliau kemudiannya turut mengagihkan aiskrim yang dibawanya secara percuma dari tong yang dibawanya dengan label "Azmin Ais Krim, sekali rasa pasti nak lagi".

Ini dipercayai merujuk kepada dakwaan skandal seks yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, yang telah dinafikan.


Jamal sebelum ini mencetuskan kekecohan apabila tampil di bangunan SUK dengan tuala sebagai bantahan terhadap pemotongan air di negeri itu.

Sumber: mybuletin

No comments

Powered by Blogger.