Ini Respon Balas King Coco Setelah Dikecam Kerana Berkahwin Dengan Suami Orang


King Coco akhirnya tampil memberi respon tentang perkahwinannya.

Coco mengatakan dia okay menjadi isteri kedua pada usia muda malah tidak kisah orang nak kata apa tentang dirinya.

Coco kini isteri kedua kepada lelaki bernama Kapten Azrin Anas sebagai isteri kedua selepas mereka diijabkabulkan pada Ahad lalu.

Katanya, dia tidak dapat menghalang netizen untuk mengecamnya


Ini kenyataan Coco: (Metro)

"Keluarga saya seperti netizen lain, ada antara mereka turut memberi komen di laman sosial apabila saya dihina. Bagaimanapun, mereka semakin memahami dan tidak lagi membalas apa-apa kenyataan di media sosial.

"Hal ini kerana kami sekeluarga tidak mahu mengeruhkan keadaan. Saya dan suami sudah selamat bernikah manakala isteri pertama suami menerima saya sebagai madunya


"Dulu ada yang mahu simbah asid, kini selepas berkahwin ramai yang sudah memberi nasihat dan kata-kata positif. 


"Saya berterima kasih kerana memberi komen yang baik mengenai keputusan untuk berkahwin di usia muda ini.

“Selepas menjadi isteri orang, sudah semestinya saya mahu menjadi lebih baik,”


Itulah komen dari Coco.

Sumber: beritamemey

No comments

Powered by Blogger.