Mia Ahmad Terlupa Sudah Berkahwin




Hampir tiga minggu mendirikan rumah tangga malah inai di jari masih lagi merah.

Dalam kemesraan dan manjanya pelakon Mia Ahmad bersama suami tercinta, Izham Tarmizi, akui masih lagi terlupa dirinya sudah berkahwin.

Terdahulu dalam sebuah video rakaman yang dimuat naik di Instagram milik Mia, aktres manja itu tersasul 'bakal suami'.

Namun Mia akui kesilapannya itu dengan menjawab setiap komen peminatnya yang berasa hairan.

Kesian Izham tu Mia. Lama sangat membujang tu sampaikan dah kahwin pun masih lagi terasa solo.

Tanpa buang masa jom kita layan video ni.

No comments

Powered by Blogger.