Ramai Tak Tahu Rupanya Orang Muda Pun Boleh Buat Keluar Duit KWSP.. Inilah Cara-caranya..


“Duit dalam KWSP tu boleh ke kita keluarkan masa masih muda ni?”
“Boleh bro….”
Bagi anda yang mempunyai simpanan di KWSP, jom kita tengok jenis-jenis pengeluaran KWSP dan cara-cara untuk membuat pengeluaran tersebut. Bukan masa nak pencen je boleh keluarkan.

#1. Pengeluaran Umur 50 Tahun

Ada 2 jenis pengeluaran:
  1. Pengeluaran Penuh Akaun 2
  2. Pengeluaran Sebahagian Akaun 2
Cara-caranya:

#2. Pengeluaran Umur 55 Tahun

Ada 4 jenis pengeluaran:
  1. Kesemua Simpanan
  2. Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
  3. Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
  4. Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan
Cara-caranya:

#3. Pengeluaran Umur 60 Tahun

Ada 4 jenis pengeluaran:
  1. Kesemua Simpanan
  2. Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
  • Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
  • Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan
Cara-caranya:

#4. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Mudah miliki hartanah
Cara-caranya:
  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
  • Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
  • Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan ATAU Sijil Kelahiran Anak untuk Permohonan Membantu Pasangan
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#5. Pengeluaran Hilang Upaya

Pengeluaran KWSP untuk Hilang Keupayaan
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan kwsp sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)
Cara-caranya:
  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi  Borang Permohonan KWSP 9L (AHL)
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
  • Surat Berhenti Kerja Daripada Majikan (jika ada) bagi ahli yang berhenti kerja dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan

#6. Pengeluaran Meninggalkan Negara

Pengeluaran ini boleh dipohon oleh :
  • Warganegara malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain atau
  • bukan warganegara malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan malaysia
Cara-caranya:

#7. Pengeluaran Pendidikan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di institut pengajian tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.
Cara-caranya:
  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9H (AHL)
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
  • Bawa Surat Tawaran Belajar
  • Bawa Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal
  • Bawa Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian
  • Bawa Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan)
  • Bawa Borang Temuduga
  • Bawa Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian
  • Bagi Pengeluaran Pendidikan Anak Ahli – Bawa Kad Pengenalan Anak Ahli & Dokumen Bukti Pertalian

#8. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan

Cara-caranya:

#9. Skim Pelaburan Ahli

Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
Cara-caranya:

#10. Pengeluaran Membina / Membeli Rumah

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.
Cara-caranya:
  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
  • Bawa Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
  • Bawa Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun)
  • Bawa Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
  • Bawa Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual / pemilik tanah
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta

Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.
Cara-caranya:

#12. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.
Cara-caranya:
  • Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
Boleh juga baca perkongsian cara pengeluaran berdasarkan pengalaman blogger Hafiz Rahim di sini.
Maaf. Buat masa ini tiada pilihan untuk keluarkan duit KWSP jika nak ubahsuai rumah. Tapi kalau nak buat juga perlu kreatif sikit. Pilih pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan tapi duit yang dapat tu buat saving untuk tujuan ini.

#13. Pengeluaran Kematian

Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.
Cara-caranya:

#14. Pengeluaran Perumahan Fleksibel

Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
  • Maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran ini di sini

#15. Pengeluaran Kesihatan

KWSP pengerluaran kesihatan
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh lembaga kwsp yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.
Cara-caranya:
  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9D (AHL)
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan
  • Bawa Surat Pengesahan Majikan Mengenai Tanggungan Kos Rawatan
  • Bawa Kad Pengenalan Diri pesakit
  • Bawa Bukti Pertalian di antara pemohon dan pesakit (sekiranya pemohon bukan pesakit)
  • Bawa Bil Rawatan Pesakit Luar / Discaj Wad (Final Bill’) DAN Resit Bayaran Asal dari Pusat Perubatan (sekiranya bayaran telah dibuat)

#16. Pengeluaran Haji

KWSP Pengeluaran Haji
Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji.
  • Maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran ini di sini

Sumber daripada: Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP

No comments

Powered by Blogger.