Tercerai bini masa malam pertama sebab jahil




Penceraian di dalam Islam merupakan sebuah perkara yang tidak boleh dibawa main-main kerana ianya merupakan satu-satunya perkara halal yang paling dibenci oleh Allah SWT. Tersalah lafaz, samaada ingin main-main, secara sengaja ataupun tidak, pastinya akan jatuh hukum talak itu. Lebih teruk lagi jika si suami melafazkan cerai talak tiga sekaligus, menangis berdarah air mata pun belum tentu akan kembali bersama.

Ikuti perkongsian Dr. Taufiq Razif di bawah:

Isteri saya yang kerja kat Unit Kecemasan pernah dapat kes isteri diliwat suami sendiri. Rupanya dia bukan dipaksa tapi sengaja nak mencuba. Si isteri tu pulak daripada gaya bercakapnya langsung tak rasa bersalah dengan perbuatannya.

Ni la yang terjadi kalau nak kahwin tapi takde ilmu pasal perkahwinan. Nak kahwin bukan main akad je tau. Banyak benda sebenarnya nak kena tahu. Lebih-lebih lagi untuk si lelaki yang bakal nak jadi suami tu. Nak berkahwin ni bukan cuma perlu ilmu psikologi je. Hukum hakam pun nak kena tahu bang.

Pernah ada satu kes kat Malaysia ni si suami tercerai isterinya masa malam pertama. Nak tahu kenapa? Sebab dia boleh main perkataan ‘Aku cerai kau. Aku cerai kau ‘ dengan isteri dia. Si isteri ni pulak makin kena sakat dengan si suami makin galak dia ketawa. Last-last hati rasa tak sedap. Bila tanya kat tok kadi, terus tok kadi confirm talak dah jatuh dah. Menangis air mata darah pun tak boleh buat apa dah. Dah nampak dah kenapa belajar hukum hakam ni penting kan?

Masalah rumahtangga yang paling banyak berlaku adalah si suami tak bagi nafkah. Si suami ni ingat bila isteri dah berkerjaya dan dah ada gaji yang tetap dia sebagai suami dah tak payah nak hulur nafkah dah. Padahal nafkah tu adalah hak mutlak si isteri. Walaupun si isteri seorang CEO Syarikat Perkapalan dan suaminya cuma penjual tempe, nafkah tetap hak mutlak seorang isteri. Kecuali isterinya sendiri yang menghalalkan.

Ramai jugak yang salah anggap nafkah ni cuma duit. Padahal nafkah ni termasuk juga ilmu, kebahagiaan dan ketenteraman isteri secara zahir dan batin. Sekali sekala tu ajar la isteri ilmu agama. Kalau tak pandai sangat bukak je Youtube dan dengar ceramah sama-sama. Ada masa free ajak sekali isteri dengar ceramah agama.

Ilmu agama pun termasuk nafkah batin tau. Bukan jima’ je dikira nafkah batin ye. Ok, masuk bab hubungan suami isteri pulak. Dah tahu nak kahwin esok lusa jangan la segan-segan nak tanya orang tua bab hubungan suami isteri ni. Orang zaman dulu sebelum kahwin lagi dah siap khatam kitab khusus bab hubungan suami isteri tau. Ilmu kehidupan camni penting sebab ilmu ni la kita akan pakai sampai ke tua. Nak malu buat apa. Benda halal kan. Jangan kau pergi tanya kat public sudah lah.
Kepada yang nak berkahwin seminggu dua lagi ni sempena cuti sekolah ataupun yang dah lama kahwin, saya nak pesan satu benda je.

“Perkahwinan ni bukan ikatan dua jiwa untuk hidup kat dunia je. Ni ikatan yang kau nak bawak sampai ke alam sana dan sampai la ke syurga ”

Cuba tenung mata pasangan masing-masing. Cuba tengok betapa cintanya si dia pada diri kita kan. Alangkah bahagia kalau cinta yang ada ni boleh diteruskan sampai kat dalam syurga nanti. Sebab cinta kat sana je nanti yang tak ada penamatnya. Cinta kat dunia akan berpisah tatkala maut menjadi realiti. Tapi cinta yang sejati akan kekal sampai la ke alam sana nanti.

No comments

Powered by Blogger.