Video Suami Pukul Isteri Tersebar Meluas


Satu video telah tersebar luas, dengan rakaman seorang lelaki yang dipercayai suami telah memukul isterinya. Bagaimanapun, diharapkan video berikut ini boleh dijadikan pedoman dan pengajaran dalam kehidupan.
Sebabnya, apa-apa jenis keganasan adalah tidak direstui oleh ajaran Islam. Kitab suci al-Quran amat menekankan kasih sayang, kehalusan budi dan keadilan di dalam perhubungan antara anggota keluarga dan melarang segala jenis kezaliman. Lihat video berikut ini:
Jawapan kepada kisah Suami Pukul Isteri : Hukum Suami Pukul Isteri (Memetik Tanyalah Ustaz)
Islam melarang dengan keras seseorang memukul isterinya seperti memukul hamba abdi, ini bertentangan dengan kesucian Islam sebagai agama selamat. Islam mengajar kepada umatnya agar berlemah lembut dan bertimbang rasa didalam segala hal, terutama sekali didalam perkara2 berhubung dengan rumah tangga (isteri dan anak2).
Sabda Rasulullah dalam hadis yang bermaksud : “Sesempurna iman orang2 mukmin ialah yang paling baik kelakuannya, dan yang paling lembut terhadap isterinya”. Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim.
“Tergamakkah seseorang kamu memukul isteri sepertimana memukul seorang hamba abdi, kemudian dia memeluknya pula, tidakkah dia (suami) merasa malu”. Riwayat Imam Ibnu Saad.
Sekiranya berlaku salah sangka atau pun mengesyaki sesuatu yang kurang baik terhadap isteri. Maka janganlah mengambil tindakan yang keterlaluan terhadapnya atau menuduhnya, atau memaki hamunnya, dengan mengeluarkan kata2 yang kesat yang boleh menyebabkan rasa hormat isteri terhadap suami akan berkurangan.
Sebaiknya hendaklah segera kembali kepada Allah dan rujuklah kepada AlQuran, didalamnya terdapat ubat yang paling mujarab yang dapat megatasi segala masalah tanpa menghadapi apa2 kerugian baik dari segi kewangan atau fizikal. (tak payah nak pakai lawyer dan sebagainya).
Dalam surah An Nisa’ ayat 34-35 Allah menerangkan :
“Dan wanita2 yang kamu bimbang penderhakaannya mereka, hendaklah kamu (sang suami) memberi mereka nasihat2, dan berpisahlah kamu dari tempat tidur mereka, kemudian pukullah mereka, maka jika mereka patuh kepada kamu, janganlah mencari jalan untuk memberatkan mereka lagi, sesungguhnya Allah adalah Maha Tinggi lagi Maha Besar…. Dan jika kamu bimbang perceraian antara kedua mereka, hendaklah kamu kirimkan orang tengah dari keluarga isteri …. Sekiranya keduanya inginkan kebaikan, nescaya Allah akan menyatukan fikiran mereka antara keduanya. Sesungguhnya Allah itu adalah Amat mengetahui lagi Amat Mengerti.
Begitulah ajaran Allah terhadap hamba2nya yang mahu beriman. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Seburuk2 yang halal kepada Allah ialah Thalak…” Hadis riwayat Imam Abu daud dan Ibnu Majah .
Pukulan yang ringan menandakan kasih sayang supaya memberi insaf kepada sang isteri. Pukulan itu hendaknya tidak mengeluarkan darah atau pecah,terutama sekali dikawasan muka isteri.
Pukulan dimuka adalah dilarang samasekali. Rata2nya ramai sang suami yang melakukan perbuatan yang melampaui batas ini. Bertaubatlah dan insaflah terhadap apa yang kita lakukan terhadap seseorang yang kita sayang dari mula alam perkahwinan. Pukulan yang tidak mendatangkan faedah lagi menyiksakan makhluk yang lemah ini mendatangkan haram dan murka Allah.
Maka berpisahlah dengan baik kerana Allah. Sekiranya seorang isteri itu meminta Thalak kepada sang suami tanpa sebarang sebab yang di HALALkan oleh Syarak. maka haramlah isteri tersebut mencium bau Syurga, Apatah lagi memasuki Syurga. Kalau derhaka kepada sang suami melalui kata2 kesat, maka digunting lidahnya didalam Neraka dan akan dituang kedalam mulutnya dari air Neraka yang mendidih.
Sumber: thecoverage

No comments

Powered by Blogger.