Wanita Ini Hanya Ibu Tiri. Sempena Hari Natal Anaknya Menghadiahkan Sesuatu Dan Ini Yang Berlaku !!!


Wanita Ini Hanya Ibu Tiri. Sempena Hari Natal Anaknya Menghadiahkan Sesuatu Dan Ini Yang Berlaku !!! | Menjadi seorang ibu tiri bukanlah sesuatu yang mudah. Ada kalanya hubungan sebegini membawa kebahagiaan tetapi ada kalanya juga ia membawa keperitan.
Bolehkah anak tiri menyayangi seorang ibu tiri seumpama ibu kandung sendiri?
Marissa Thamann yang berusia 17 tahun telah membuktikan kasih sayangnya yang mendalam terhadap ibu tirinya.
Dalam sebuah video yang dikongsi di Little Things, Marissa dilihat menghadiahkan sesuatu yang tidak ternilai kepada ibu tirinya. Rakaman yang diambil sehari selepas Hari Natal ini menunjukkan reaksi ibu tiri Marissa, Heather Thamann, sewaktu menerima perhiasan buatan tangan daripada Marissa dan juga ‘lamaran’ kanak -kanak ini yang tidak dijangka.
Gambar Heather bersama Marissa terpapar pada bahagian hadapan perhiasan tersebut tetapi itu bukanlah kejutan besar yang dirancang Marissa.
Saat yang mengharukan tiba apabila Heather menerbalikkan perhiasan tersebut. Pada belakang perhiasan itu tertulis, “Sudikah anda mengambil saya sebagai anak angkat?”
Heather mengalirkan air mata kegembiraan apabila membaca mesej anak tirinya itu. Sesungguhnya, mengetahui bahawa anak yang anda sayangi turut mengasihi anda melahirkan kegembiraan dan kebahagiaan yang tidak terkata.
Marissa memberitahu ibunya yang sedang menangis, “borang pengambilan anak angkat telah pun ditandatangani. Ibu hanya perlu menandatanganinya.”
Heather menjawab, “Lama sekali saya telah menunggu saat ini.”
Marissa kehilangan ibunya apabila dia berusia 3 bulan sahaja. Heatherlah ibu yang menjaganya sejak dia berumur 4 tahun.
Marissa turut menyertakan sekeping surat kepada Heather di dalam kotak hadiah tersebut.
“Walaupun kamu tiada di sisi saya bila saya menarik nafas untuk kali pertama ataupun bila saya belajar berjalan dan bercakap. Tetapi kamu berada di sisi saya semasa saya kehilangan gigi pertama saya. Semasa saya belajar menunggang basikal. Semasa saya mula menaruh perasaan terhadap budak lelaki. Semasa saya menjadi seorang wanita… Terima kasih kerana menjadi ibu yang saya perlukan. Terima kasih kerana mengatasi segala kesukaran hidup. Saya sayang kamu.”

Tontoni video ini untuk menyaksikan kisah mengharukan di antara ibu dan anak tiri yang mengagumkan ini.
Sumber: semasaviral

No comments

Powered by Blogger.