Kisah ibu arnab berani menyerang seekor ular

Jangan sekali-kali anda pernah terfikir untuk menggangu seorang ibu dan anak-anaknya, walaupun anda seekor ular dan si ibu seekor arnab.

Video yang di muat naik pada 18 Jun 2015 di laman YouTube ini tersebar secara meluas dalam kalangan pengguna internet. Ianya telah ditonton lebih 20 juta kali.

Klip ini memaparkan tindakan berani seekor ibu arnab menyerang seekor ular yang telah membunuh dua ekor anaknya.

Pengguna yang memuatnaik video ini tidak menjelaskan di mana kejadian ini berlaku, namun ada dalam kalangan penonton yang membuat spekulasi bahawa ianya mungkin terjadi di Amerika Syarikat melihatkan jenis ular berkenaan.

Jangan pernah sangsikan kasih sayang ibu!

Melihatkan anak-anaknya diserang seekor ular, si ibu terus menerkam ular tersebut. Si ular cuba meninggalkan tempat kejadian tetapi diserang ibu arnab tersebut berkali-kali. Walaupun ibu arnab itu bukanlah lawan sebenar ular tersebut, si ibu tetap berani menyerang.

Sumber: Era Baru

No comments

Powered by Blogger.