Pekerja binaan memakai kostum beruang untuk mengusik rakan sekerjanya, usikan lucu ini pasti akan membuatkan anda tertawa!

Kadang kala usikan rakan kerja di pejabat boleh menceriakan hari anda. Ianya sangat membantu untuk mengalihkan perhatian sekali sekala daripada rutin seharian.


Bagi para pembaca yang bekerja, mungkin pejabat anda tidak ubah seperti rumah kedua anda – malah anda mungkin lebih banyak meluangkan masa di pejabat daripada di tempat-tempat lain. Tak salah sekiranya kita menjadikannya sebuah tempat yang riang dan selesa.
Saksikan video lucu seorang pekerja binaan yang mengusik rakannya dengan memakai kostum beruang untuk menakutkannya. Reaksi rakan sekerjanya tentu akan membuatkan anda tertawa.
Adakah anda mempunyai video seperti ini di rumah atau di pejabat? Anda boleh kongsikan video anda dengan kami melalui laman Facebook kami. Sementara itu, semoga terhibur!
Pekerja binaan yang memakai kostum beruang menanti rakan sekerja di sebuah persimpangan sambil rakannya yang lain merakamkan kejadian dari sebuah kenderaan yang diletakkan berhampiran
bear4Rakan sekerjanya berjalan menuju ke tapak pembinaan seperti yang dilakukan pada hari-hari biasa yang lain
bear2
Sejurus dia melihat kelibat seekor ‘beruang’ di hadapannya, pekerja binaan itu lari lintang pukang menyelamatkan diri
bear1
Pekerja binaan tersebut berlari sepenuh hati menuju ke kenderaannya sehingga dia terjatuh
bear3
Lelaki di dalam kostum beruang itu melompat dan melambai-lambaikan tangan sebagai isyarat dia bukanlah beruang yang sebenar, tetapi pekerja binaan tersebut tidak menoleh lama dan terus berlari meninggalkan tempat kejadian
bear5
sumber: Era Baru

No comments

Powered by Blogger.