Pelajar Tingkatan 1 Dibuli Sehingga Kepala Bocor & Perut Dipijak



Seorang pelajar wanita tingkatan 1 cedera di bahagian kepala dipercayai dibuli oleh pelajar sekolah yang sama SMK Bandar Sri Damansara 2.

Zarey Mikael berkata, anak rakannya itu di buli sehingga kepala bocor dengan luka 2 inci semalam.

Punca kejadian tidak diketahui, namun mangsa dipercayai telah dipukul dengan menggunakan benda tumpul dibahagian kepala, bukan itu sahaja malah dibahagian perut juga terdapat luka dipercayai di pijak pelajar perempuan tingkatan 3 bernama Mira sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Menurut Sumber Zarey Mikael pihak guru sekolah telah pergi berjumpa dengan ibu bapa salah seorang pelajar yang terlibat.

Bagaimanapun, ibu bapa pelajar terbabit tidak percaya bahawa anak mereka telah melakukan perkara itu.

Difahamkan bapa mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

gambar suspek utama yang dimuat naik oleh bapa mangsa.

Sumber artikel: wartawan-jalanan





No comments

Powered by Blogger.