“Saya Bukan Perompak” – Lelaki Cari Rezeki Difitnah

SEJAK semalam, tersebar di laman sosial gambar seorang lelaki berpakaian uniform Petronas yang kononnya didakwa perompak yang pergi dari sebuah rumah ke rumah dengan niat menipu untuk memeriksa gas.

"Saya Bukan Perompak" - Lelaki Cari Rezeki Difitnah
Gambar lelaki itu nyata mendapat ribuan perkongsian di laman Facebook hingga turut tersebar di aplikasi WhatApps.
Lelaki tersebut yang terkejut apabila mengetahui gambarnya menjadi viral lantas, membuat laporan polis menafikan dakwaan tersebut.
Sebaliknya, lelaki tersebut Muhd Diya Zulkanain, 41, menjelaskan tugasnya pergi rumah ke rumah adalah bagi mempromosikan kepala gas dari syarikat UGS Network Service Sdn. Bhd. dan bukan untuk merompak.
Menurutnya, gambar yang menjadi viral itu dirakam oleh seorang penghuni lelaki ketika dia bertugas bersama rakannya di kawasan Taman Indah Jaya Batu 4, Sandakan, Sabah.
Selain membuat laporan polis, Muhd Diya turut mempamerkan lesen jualan langsung yang dimiliki syarikatnya.
"Saya Bukan Perompak" - Lelaki Cari Rezeki Difitnah
"Saya Bukan Perompak" - Lelaki Cari Rezeki Difitnah
Difahamkan, syarikat yang menjual kepala gas dan dapur gas ini mempunyai cawangan di seluruh Malaysia.
Alahai… tak pasal-pasal Muhd Diya yang mencari rezeki halal menjadi mangsa fitnah.
Kepada netizen yang lain, tolonglah jangan sebarkan berita palsu tanpa usul periksa takut kelak anda merangkak minta maaf atas fitnah yang dilemparkan. Ye dak?

Sumber – MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.