Tebusan Jerman Dipenggal Abu Sayyaf


MANILA: Militan Islam Filipina memenggal kepala rakyat Jerman yang ditahan bagi mendapatkan wang tebusan, kata kumpulan SITE Intelligence hari ini.

Video yang dikirim militan Abu Sayyaf, yang dipantau SITE, menunjukkan tebusan Jerman itu, Jurgen Kantner, dibunuh lelaki bersenjatakan pisau.

Ia mengesahkan laporan awal diterima pegawai kerajaan Filipina bahawa kumpulan itu sudah membunuh Kantner.

Abu Sayyaf, yang dipersalahkan bagi serangan pengganas paling buruk dalam sejarah Filipina, sebelum ini menuntut tebusan 30 juta peso (RM2.6 juta) menjelang semalam bagi membebaskan Kantner, 70.

Wakil kerajaan, Jesus Dureza, yang berunding bagi pihak Kantner, memberitahu beliau mendengar mengenai video berkenaan, menambah ia mengesahkan laporan terdahulu Kantner sudah dibunuh.

Bagaimanapun, beliau dan pegawai tentera berkata mayat Kantner belum kelihatan.


Kantner diculik dari kapal layarnya, the Rockall, di perairan selatan Filipina tahun lalu. - Berita Harian Online

No comments

Powered by Blogger.