Dia mula menyentuh peribadi saya-Zarina Anjoulie


Dia mula menyentuh peribadi saya-Zarina Anjoulie |Pelakon Zarina Anjoulie Mohd Fahizul, 31, membuat laporan polis terhadap ibu seorang pelakon terkenal pada 23 Mac lalu selepas diburukkan oleh wanita itu menerusi laman sosial Instagram.
Zarina ketika dihubungi berkata, masalah cemburu terhadap perniagaan menjadi punca ibu pelakon wanita ini berbuat demikian terhadapnya.
“Ketika mula berniaga dahulu, saya memang mengambil produk daripada wanita ini untuk dijual. Harga yang diberikan boleh dikatakan agak mahal juga.
“Selepas itu saya dapat produk serupa daripada pembekal lain dan menghentikan urusan dengannya secara baik,” katanya.
Menurut Zarina, sejak itu wanita terbabit mula melemparkan pelbagai tohmahan terhadapnya.
“Dia mula menyentuh peribadi saya dengan mengungkit kisah silam serta memaki hamun pelanggan yang mempertahankan saya.
“Bukan itu saja, anak lelakinya juga bertindak keterlaluan apabila menghantar mesej berbaur ugutan. Disebabkan tindakan itu melampaui batas, saya bertindak membuat laporan polis,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Nilai, Negeri Sembilan pada jam 7.39 petang.

No comments

Powered by Blogger.