Suara Bomba Ini Sebijik Saleem! Rupa-Rupanya…


SELEPAS Khai Bahar, beberapa video nyanyian aplikasi Smule milik seorang anggota bomba pula kini menjadi tular di laman sosial.

Jejaka bernama Nursyafiq Farhain ini heboh diperkatakan netizen di laman sosial gara-gara suaranya persis penyanyi lagenda era 90’an, Saleem Iklim.
Malah, kelunakan suara serak basah yang dimiliki Nursyafiq ketika menjiwai lagu jiwang kedengaran hampir 99 peratus sama dengan Saleem.
Pendek kata, kami sendiri naik keliru untuk membezakan di antara keduanya!
Antara seleksi yang didendangkan jejaka dari Setiu, Terengganu menerusi aplikasi Smule itu adalah lagu Gugurnya Bunga Cinta, Mimpi yang pulang, dan Luhur.
Namun, sebenarnya tidaklah pelik mengapa jejaka itu boleh memiliki suara hampir sama dengan Saleem. Ini kerana, setelah diselidik, Nursyafiq rupa-rupanya adalah anak penyanyi terkenal itu sendiri.
Bukan sahaja bersuara sedap, malah anak Saleem mempunyai raut wajah yang sedap mata memandang. Haa.. Memang sesuai jadi artislah kan?
Pastinya, kemunculan Nursyafiq sekaligus sedikit sebanyak dapat mengubat rindu peminat Saleem yang merindui suara emasnya itu.
Difahamkan, Nursyafiq kini bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat di Johor Bahru. 
Sumber – MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.