5 Cara Mudah Ini Boleh Digunakan Untuk Hilangkan Kesan Darah Pada Pakaian


Ada ketikanya bila kita sedang lakukan sesuatu, perkara tidak diingini berlaku, dan insiden tersebut telah membuatkan kita terluka, secara tidak langsung titisan darah terkena pada pakaian.

Mungkin pakaian tersebut adalah salah satu pakaian kegemaran anda, dan paling teruk, ianya berwarna cerah, sudah pasti nampak jelas kesan darah tersebut.

Seperti yang kita tahu, hendak menghilangkan kesan darah bukanlah mudah, ramai di antara kita yang membuang pakaian yang masih elok, kerana kesan darah tersebut.

Tapi, tahukah anda, terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk menghilangkan kesan darah tersebut, dan bahan yang digunakan pula, ada di rumah rumah anda.

Jom kita lihat bagaimana cara tersebut.


1. Baru terkena darah

Bagi pakaian yang baru sahaja terkena darah, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan basahkan kawasan yang terkena darah dengan air sejuk, dan letakkan sabun pencuci, biarkan seketika.

Sekiranya ada, campurkan dua sudu garam atau ammonia. Pencuci pinggan mangkuk dan pelembut pakaian juga boleh digunakan.

Tapi apa yang pasti, mesti menggunakan air sejuk, kerana kalau air panas, ia akan mempercepatkan proses darah itu untuk kekal melekat.


Boleh juga tuangkan sedikit ‘hydrogen peroxide’, yang mana sebagai agen pencuci. Untuk baju berwarna pula boleh juga gunakan sabun mandian biasa, gosokkan kepada kesan darah tersebut.

* (Tapi harus berhati-hati, kerana ‘hydrogen peroxide’ boleh menghakis warna baju anda, cuba gunakan sedikit terelbih dahulu).

Selepas itu bolehlah masukkan ke dalam mesin basuh, cuci seperti biasa.


2. Guna larutan garam

Secawan garam dan 2 liter air, larutkan camouran tersebut sehingga sebati. Untuk kesan darah yang sedikit, buat campuran yang sama, tetapi dalam jumlah yang kecil.


Selepas itu rendamkan pakaian yang terkena kesan darah tersebut selama 30 minit.

Bila masa rendaman sudah habis, lihat sama ada kesan darah masih ada. Jika ada, gosokkan bahagian yang terkesan dengan tangan anda, campurkan sedikit sabun juga boleh membantu.

Selepas itu, boleh masukkan ke dalam mesin basuh, dan cuci speerti biasa.


3. Ammonia

Semburkan atau sapu ammonia pada pakaian yang terkesan dengan darah, dan gosok dengan baik. Cara lain yang anda boleh lakukan, gunakan sabun pencuci, rendamkan seketika. Perhatikan masa, dan kuantiti bahan yang anda gunakan.


Semburkan campuran ammonia, dan biarkan seketika. Jika tiada ammonia di rumah, anda boleh gunakan 3 bahan ini:

a. Air soda (tuang terus kepada pakaian)

b. 'Baking soda’ (2 bahagian air, 1 bahagian ‘baking soda’, dan basahkan kawasan yang terkesan) 

c. Cuka (tuangkan ke atas kawasan yang terkesan)

Basuh pakaian seperti biasa. Jika sudah siap dibasuh, lihat sama ada kesan masih ada, keringkan dengan suhu yang biasa, kerana jika terlalu panas, kesan tersebut akan sukar ditanggalkan.


4. Gunakan ‘hydrogen peroxide’

Tekapkan tisu pada kesan darah yang baru terkena, tapi berhati-hati jangan terlalu kuat, kerana ia mungkin akan terkena pada bahagian lain pakaian. Buat secara lembut, supaya darah tersebut tidak sepenuhnya melekat pada pakaian.

Tuangkan terus ‘hydrogen peroxide’ pada tempat yang terkena darah. Tapi harus diingat, ia boleh merosakkan pakaian. Untuk selamat, tuangkan sedikit pada penutup botol, dan baru letakkannya pada pakaian. Jika ianya berbuih-buih, maksudnya ia berkesan.


Sekiranya masih ada lagi kesan darah, tuangkan lagi ‘hydrogen peroxide’ dan gosokkan dengan jari anda. Cara ini membolehkannya masuk ke permukaan pakaian, dan ia boleh digunakan jika kesan darah yang besar.


Jika masih ada lagi kesan, gunakan cucian penghapus kotoran, dan basuh seperti biasa, Cuma tidak perlu keringkannya dahulu sekiranya masih ada kesan pada pakaian.


5. Jus lemon dan ‘baking soda’

Buat campuran dengan, 2 bahagian jus lemon, dan 1 bahagian air, kacau sehingga sebati. Kemudian, terus tuangkan pada kesan darah, gosok perlahan menggunakan jari anda untuk hilangkan kesan darah.


Jika kesan masih ada, sapukan pes ‘baking soda’. Untuk membuat pes tersebut, campurkan 2 bahagian ‘baking soda’ dan 1 bahagian air. Sapukan pada kesan darah, dan biarkan selama 30 minit.

Kemudian lapkan pes tadi dengan menggunakan tisu, atau kain. Ia seharusnya telah hilang sepenuhnya.

Basuh pakaian seperti biasa. Jika masih ada kesan pada pakaian, Campurkan secawan cuka dengan bahan pencuci, ianya akan menghilangkan kesan tersebut, dan selamat digunakan untuk semua pakaian berwarna.

Selepas ini, kalau ada pakaian yang terkena kesan darah, bolehlah cuba menggunakan salah satu dari cara yang dikongsikan ini, tidaklah buang begitu sahaja pakaian tersebut.

Sumber: WikiHow

No comments

Powered by Blogger.