KEMALANGAN LORI, SEORANG MAUT DUA CEDERA


Seorang pemandu maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori di Lebuhraya SKVE menghala ke Pulau Indah, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan kemalangan tersebut pada jam 8.52 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama sepasukan pegawai dan 23 anggota dari tiga balai bomba.
“Sepasukan 23 anggota serta pegawai daripada tiga balai bomba dan penyelamat iaitu Banting, Pelabuhan Klang serta Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.
“Kemalangan berkenaan membabitkan sebuah lori yang membawa bahan kimia jenis Toluene (UN 1294), sebuah lori membawa gas memasak dan sebuah lori kontena yang sudah terbakar,” katanya.
Mohd Sani berkata, mangsa yang mengalami cedera dibawa ke Hospital Banting dengan ambulansm manakala mayat pemandu berkenaan masih berada di tempat kejadian.
“Mayat pemandu lori kontena, masih berada di dalam di lokasi kerana terdapat kebocoran pada lori yang membawa bahan kimia,” katanya.
Tambah beliau, pihaknya belum dapat mengenal pasti sama ada kontena tersebut membawa muatan atau sebaliknya.

No comments

Powered by Blogger.