Gara-Gara Meletop, Neelofa Sindir Fattah Amin?

PEMINAT sudah sedia maklum hubungan cinta di antara Neelofa dan Fattah Amin terputus di tengah jalan, penghujung tahun lalu.

Perkara ini diakui kedua-duanya dalam sebuah majlis hiburan yang mana mereka mengakui sama-sama saling jatuh cinta ketika sedang menjayakan drama bersiri popular Suri Hati Mr. Pilot. 
Walaupun sudah berpisah namun nampaknya masing-masing tetap tampil profesional lebih-lebih lagi ketika bertemu di Anugerah Meletop Era yang diadakan Mac lalu di mana Neelofa dan Fattah masing-masing memenangi anugerah utama iaitu Top Top Meletop Wanita dan Top Top Meletop Lelaki. 

(Salah Ke Zara Zya Bercakap Pasal Mati Pucuk?)


Namun lain pula kisahnya kali ini, bila mana semalam kecoh di laman sosial mendakwa Fattah dan pasangan heroinnya dalam Hero Seorang Cinderella iaitu Nur Fazura telah membatalkan kehadiran mereka secara last minute untuk program Meletop yang dihoskan Neelofa dan Nabil Ahmad.
Tempat mereka dikatakan telah diganti dengan pengarah drama tersebut, Michael Ang dan dua pelakon pembantu iaitu Datin Seri Zizie Izette dan Uqasha Senrose.
Gara-Gara Meletop, Neelofa Sindir Fattah Amin?
Mungkin ‘risau’ peminat akan berbalah mengenai hal tersebut, Michael terlebih dahulu telah memuat naik sebuah video mengatakan memang perancangan asalnya, program Meletop yang diadakan semalam hanya dihadiri olehnya, Zizie dan Uqasha sahaja; sementara pasangan hero dan heroin akan muncul dalam rancangan yang sama pada minggu hadapan.
Ketika program tersebut bersiaran secara live semalam, Neelofa dan Nabil ada menerangkan yang mereka sebagai hos memang tidak berhak menentukan siapakah artis undangan yang akan dijemput ke set tersebut pada setiap minggu.
Menurut mereka itu adalah atas kuasa pihak penerbit dan Neelofa sempat menitipkan kata-kata pesanan, “Kalau tak nak datang, tak apa,” seolah-olah menujukan perkara itu kepada Fattah dan Fazura yang didakwa membatalkan kehadiran mereka pada saat-saat akhir.
Mengetahui hal itu menjadi sensasi di laman Instagram, Fattah tidak berdiam diri lantas terus membuat IG Live menerangkan perkara sebenar yang mana dia memang tidak diberikan sebarang arahan untuk menghadiri program Meletop. Sebaliknya mengetahui yang hanya Michael, Zizie dan Uqasha yang diundang untuk episod semalam.
Selepas itu, hasil risikan Mynewshub mendapati Neelofa ada memuat naik IG Story yang berbunyi, “Sebelum tidur, nak maafkan semua orang dulu. Tapi nak pesan dekat orang yang berkenaan, live live jugak.. tapi jangan sampai producer keluarkan bukti tentang appearance malam ni,” sebaik sahaja video IG Live Fattah menjadi tular.
Gara-Gara Meletop, Neelofa Sindir Fattah Amin?
Mungkinkah Neelofa menujukan kata-kata tersebut kepada bekas buah hatinya itu?
Fattah menerusi laman Twitternya semalam ada menulis, “Hanya pada Allah tempat aku berlindung,” dan sejam yang lalu, Fattah ada memuat naik status terbaharu di Instagram sebagai respons terhadap kontroversi semalam.
Gara-Gara Meletop, Neelofa Sindir Fattah Amin?
Dalam statusnya itu, Fattah meminta peminatnya agar tidak bertikam lidah mengenai hal-hal yang lepas kerana pada akhirnya ia tidak memberi apa-apa manfaat kepada mana-mana pihak.

Apa-apa pun, respek kat Nabil dan Uqasha yang boleh bersikap profesional walaupun kedua-duanya pernah mempunyai kisah silam bersama. 
Sumber – MYNEWSHUB

No comments

Powered by Blogger.