Kuali meletup ketika siaran langsung Go Shop di televisyen

SEDUTAN rakaman video yang diambil daripada siaran langsung Go Shop menjadi viral di laman sosial kerana ia memaparkan satu adegan di mana kuali yang dikendalikan oleh pengacara rancangan itu meletup ketika siaran langsung.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Kuali keluaran Go Shop, yang sedang dikendalikan oleh pengacara rancangan bagi memperkenalkan produk tersebut tiba-tiba meletup ketika dipanaskan di atas dapur bersama makanan yang dimasak.


Tidak diketahui apakah sebenarnya punca kuali itu meletup. 

Namun berlaku adengan lucu apabila pengacara rancangan tersebut secara spontan cuba menutup kelemahan produk yang dikendalikannya sebelum kamera dialihkan daripada terus merakam keadaan kuali yang meletup itu.

"Wo dahsyatnya kita punya produk kali ini, yang mana anda boleh lihat sendiri kan..." ulas pengacara rancangan dalam nada yang gembira dan bersahaja sejurus selepas kuali tersebut meletup.

Video menjadi viral itu terus mendapat perhatian seterusnya menerima pelbagai respon orang ramai di media sosial yang dilihat mulai khuatir untuk membeli produk dijual oleh Go Shop.

Di bawah ini video yang dimaksudkan sila klik button
'play' untuk menonton video berikut.

Go Shop merupakan sebuah program pemasaran melalui demonstrasi di televisyen bagi melariskan pelbagai jenis produk yang dijual oleh mereka.

Rancangan itu sebelum ini berjaya menarik orang ramai terutama suri rumah untuk membeli barangan yang dijual syarikat itu selepas terpengaruh dengan demonstrasi dan kaedah penggunaan yang ditayangkan secara terus melalui kaca televisyen.


Sumber: milosuam



No comments

Powered by Blogger.