Pasangan Pelakon Azrel Ismail Dan Kakak Ruhainies, Risteena Munim Disaman RM1.5 Juta



Azrel Ismail dan Risteena Munim yang merupakan kakak kepada Ruhainies bakal berdepan tuntutan saman RM1.5 juta.

Perkara ini berlaku selepas pasangan pelakon itu didakwa melanggar kontrak perjanjian menerusi drama "Yes Sir Nak Pergi Mana".

Wakil peguam JNI Creative Sdn Bhd berkata, tuntutan itu dikeluarkan selepas kedua-dua pelakon itu enggan menyelesaikan penggambaran sebuah drama yang berbaki 17 episod lagi sehingga menyebabkan produksi mengalami kerugian.

Selain itu kedua-dua pelakon itu juga didakwa telah mengeluarkan kenyataan tidak benar kepada pihak media.

Notis saman sudah pun dihantar kepada kedua-dua pelakon itu.

Ini komen peguam syarikat filem berkenaan:

"Menerusi tuntutan ini pihak produksi menuntut kembali sebanyak 30 peratus bayaran daripada keseluruhan kontrak termasuk jumlah yang telah dibelanjakan syarikat untuk menghasilkan drama itu.

"Selain itu dalam tuntutan sama pihak produksi turut menuntut jumlah sepatutnya diterima syarikat sekiranya drama ini berjaya disiapkan.

"Menerusi tuntutan sama pihak produksi menuntut supaya mereka menjelaskan mengenai kenyataan yang mereka keluarkan kepada pihak media berhubung dakwaan tidak menerima baki bayaran,"


Untuk pengetahuan, pada 17 April lalu, Azrel Ismail bersama beberapa pelakon dan kru produksi drama itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Dia mendakwa pihak JNI Creative Sdn Bhd gagal melunaskan bayaran kedua sebanyak 20 peratus.

Ini komen wakil produksi tentang bayaran:

"Berdasarkan kontrak mereka akan dibayar sebanyak empat peringkat iaitu 30 peratus, 20 peratus selepas siap episod ke-15 dan 30 peratus lagi selepas siap 30 episod drama itu.

"Manakala baki 15 peratus akan dibayar selepas majlis sidang media pelancaran drama itu nanti.

"Dalam kes ini hanya 13 episod telah siap dan mereka tuntut bayaran walupun dalam kontrak sudah dinyatakan dengan jelas mengenai perkara itu,"

"Kami terkejut kerana sepatutnya perbincangan diadakan mengenai hal itu pada 18 April lalu tetapi Azrel tiba-tiba memberi kenyataan kepada media pada hari sebelumnya dengan menuduh kami enggan bayar dan dia buat laporan polis,"

"Tuntutan ini kami buat semata-mata untuk mendapatkan kembali hak kami selain membersihkan nama syarikat.

"Tetapi itu tidak bererti langsung tiada jalan untuk menyelesaikan masalah sebaliknya pintu perbincangan masih dibuka.

"Perkara ini tidak akan terjadi jika Azrel datang pada pertemuan yang telah ditetapkan dan bukannya bercakap kepada media," 


Tambah wakil pihak produksi ini, Azrel ada menghubungi untuk mendapatkan bayaran kerana memberitahu sudah kehabisan wang dan pihak produksi bersetuju untuk berbincang.


Pihak produksi terbuka untuk menyelesaikan masalah itu menerusi perbincangan di antara kedua-dua belah pihak.

Malah katanya, mereka sedia untuk menarik balik tuntutan itu sekiranya mencapai persetujuan bersama.

Sumber: beritamemey

No comments

Powered by Blogger.