SEORANG wanita bertindak nekad duduk di atas bonet kereta yang dipandu suaminya selepas mendapati lelaki itu keluar bersama kekasihnya

SEORANG wanita bertindak nekad duduk di atas bonet kereta yang dipandu suaminya selepas mendapati lelaki itu keluar bersama kekasihnya di Pretoria, Afrika Selatan.

Satu rakaman video yang disiarkan semalam menunjukkan wanita itu duduk di bonet kereta sambil menjerit ke arah suaminya yang sedang memandu.

Selepas beberapa saat, lelaki itu menghentikan keretanya di tepi jalan dan meminta isterinya turun tetapi wanita berkenaan tetap enggan.

Seorang pengguna Facebook, Norah Pitje yang memuat naik video berkenaan memberitahu, wanita itu melihat suaminya membawa wanita lain di dalam kereta dan terus bertindak melompat di atas bonet kenderaan berkenaan.

“Bagaimanapun, lelaki bodoh ini masih mahu melindungi teman wanitanya dan terus memandu walaupun isterinya berada di bonet kereta,” katanya.

Menurutnya, selepas menghentikan kenderaannya di tepi jalan berlaku pertengkaran antara lelai itu dan isterinya.

Kejadian turut menyebabkan jalan raya berkenaan sesak teruk, selepas ramai pemandu memperlahankan kenderaan untuk melihat apa yang berlaku.

Sejak dimuat naik di Facebook, video berkenaan di kongsi hampir 20,000 kali dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Internet.

Ramai pengguna Internet mengecam tindakan lelaki itu kerana lebih mementingkan kekasihnya berbanding isterinya sendiri.

"Isteri kamu sanggup melakukan tindaka luar biasa bagi menunjukkan dia menyayangi kamu tetapi kamu masih terus memandu," kata seorang pengguna.

Seorang lagi pengguna pula memberi amaran kepada kekasih lelaki itu dengan memberitahu satu hari nanti dia pula akan duduk di atas bonet kereta.

"Bagaimana kamu mendapatkannya begitulah kamu akan kehilangannya," katanya.

No comments

Powered by Blogger.