Macam Mana Nak Tahu Seseorang Telah Blok Kita di WhatsApp

Memandangkan WhatsApp menjadi satu saluran komunikasi yang penting pada zaman ini, tindakan mem-blok seseorang itu boleh dianggap seolah-olah mahu bermusuhan atau tidak mahu bercakap langsung.

Jadi, macam mana nak tahu seseorang telah blok kita di WhatsApp.
Menurut WhatsApp di bahagian FAQ-nya, ada empat tanda atau simpton yang akan timbul bila seseorang telah mem-blok anda di WhatsApp.
1 – Anda tidak lagi boleh melihat ‘last seen’ atau ‘online’ di paparan perbualan dengan akaun tersebut.
2 – Anda tidak lagi mendapat kemaskini foto profil akaun tersebut. Contohnya, jika anda membuka paparan perbualan minah A di telefon rakan dan telefon anda sendiri lalu mendapati foto profilnya tidak sama, itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena.
3 – Setiap mesej yang dihantar kepada akaun itu akan menunjukkan satu tanda betul bergaris satu. Rujuk foto dibawah:
4 – Anda tidak akan dapat membuat panggilan ke akaun tersebut.
Menurut aplikasi itu juga, sekiranya anda mendapat keempat-empat simpton ini untuk satu-satu akaun (nombor), terdapat kemungkinan anda telah di-blok oleh akaun tersebut.
WhatsApp juga menjelaskan, mereka membuat perkara ini samar-samar untuk melindungi privasi pengguna apabila telah mem-blok seseorang. Disebabkan itu (privasi), kata WhatsApp, mereka tidak boleh memberitahu secara terus sekiranya seseorang telah memblok anda.
Sumber: wiser

No comments

Powered by Blogger.