Faliq Nasimuddin Lamar Anak Billionaire Vincent Tan

ANAK bongsu Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin iaitu Faliq Nasimuddin, 32, melamar kekasihnya yang merupakan anak kepada billionaire Malaysia, Tan Sri Vincent Tan iaitu Chryseis Tan, 29, di Marrakesh, Magribi, Jumaat lalu.


Foto ahli perniagaan itu menghulur cincin kepada kekasihnya sambil melutut dengan latar bunga bertulisan ‘Will you marry me?’ dikongsikan Tan di laman Instagramnya.
Faliq yang merupakan timbalan pengerusi eksekutif dan pengarah urusan kumpulan Naza TTDI Sdn. Bhd. mengenali teman wanitanya itu sejak di bangku sekolah.
Hubungan pasangan itu sememangnya diketahui ramai memandangkan Tan sering kali berkongsi gambar mereka bercuti bersama di laman IG-nya sebelum ini.

Sumber – MYNEWSHUB.CC


Faliq Nasimuddin Lamar Anak Billionaire Vincent Tan
Faliq Nasimuddin Lamar Anak Billionaire Vincent Tan

No comments

Powered by Blogger.